BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 13, 2011

Jasamu Dikenang Jasamu Disanjung


BUDI DIKENANG BAKTI DISANJUNG
TOKOH :  Datuk  Dr Sheikh Muszaphar Shukor
                                                       
                                                            

            Nama sebenar beliau ialah Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie  bin Sheikh Mustapha. Dilahirkan pada tanggal 27 Julai 1972 bertempat  di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
            Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India. Beliau mendapat Ijazah MBBS dalam bidang perubatan Ortopedik. Beliau telah berkhidmat di Hospital Seremban pada tahun 1998 sebelum meneruskan kerjayanya di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Selayang, Selangor. Di samping itu, beliau juga menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
             Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Beliau telah berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki kapal Soyuz TMA-11 yang telah dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau telah diumumkan sebagai angkasawan Malaysia yang pertama oleh mantan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 tepat jam 12 tengah hari.


Thursday, August 11, 2011

Angkasawan Negara


Monday, August 8, 2011

Lagu ini membuatkan aku menitiskan air mata kerinduan.....rindu mak ayah sgt2....huks3


Kasih ibu tiada sempadan,
Kasih ayah sepanjang hayat,
Kasih keluarga membawa berkat,
Kasih aku hanya pelengkap.
Sesungguhnya aku teramat merindui mereka,
Tanpa mereka hidup tidak sempurna,
Ya Allah semoga Engkau merahmati keluargaku.....amin