BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 7, 2011

Aishiteru - Menunggu-

Entah mengapa lagu ini sangat best....ak layan lagu ni je dari tadi...seakan-akan leh samakan dengan kisah aku...sesungguhnnya ak sgt sayang akan dia....hari raya ari 2 dah jumpa mak ayah da...mintak2 la pas ni impian kami akan dilaksanakan dengan mendapat restu mereka..


Ni la dia......insyaALLAH jika ada jodoh antara kami dialah pilihan aku....:-)

Saturday, August 13, 2011

Jasamu Dikenang Jasamu Disanjung


BUDI DIKENANG BAKTI DISANJUNG
TOKOH :  Datuk  Dr Sheikh Muszaphar Shukor
                                                       
                                                            

            Nama sebenar beliau ialah Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie  bin Sheikh Mustapha. Dilahirkan pada tanggal 27 Julai 1972 bertempat  di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
            Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India. Beliau mendapat Ijazah MBBS dalam bidang perubatan Ortopedik. Beliau telah berkhidmat di Hospital Seremban pada tahun 1998 sebelum meneruskan kerjayanya di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Selayang, Selangor. Di samping itu, beliau juga menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
             Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Beliau telah berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki kapal Soyuz TMA-11 yang telah dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau telah diumumkan sebagai angkasawan Malaysia yang pertama oleh mantan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 tepat jam 12 tengah hari.


Thursday, August 11, 2011

Angkasawan Negara


Monday, August 8, 2011

Lagu ini membuatkan aku menitiskan air mata kerinduan.....rindu mak ayah sgt2....huks3


Kasih ibu tiada sempadan,
Kasih ayah sepanjang hayat,
Kasih keluarga membawa berkat,
Kasih aku hanya pelengkap.
Sesungguhnya aku teramat merindui mereka,
Tanpa mereka hidup tidak sempurna,
Ya Allah semoga Engkau merahmati keluargaku.....amin

Wednesday, July 27, 2011

Bila Aku Dewasa

Bila aku dewasa,
Aku ingin menjadi sekuatmu ayah,
Selembut belaianmu ibu,
Seteguh kasihmu kakak,
Setabah jiwamu abang.
Bila aku dewasa,
Akanku julang namamu di persada hidupku,
Menjadi peneman di lubuk hatiku.
Bila aku dewasa,
Akanku gapai bintang-bintang di langit,
Untukku hadiahkan kepadamu,
Wahai ibu dan ayahku tercinta.
Semoga impian ini menjadi kenyataan,
Selagi badan dikandung hayat.

Thursday, July 21, 2011

Kelegaan sementara.....^_^

Betapa leganya hati ini selepas diobserve kali pertama dgn lec pendidikan Jasmani iaitu En Shamsul Bahri....even performance ak xlah sehebat ayu n anis namun ak bersyukur sbb aku da lepaskan tekanan aku wt sementara waktu....antara komen membina yg ak dpt daripada lec ak ni aku senaraikan kt bawah....:-
                      
                 1) suara kena tegas
                 2) kawalan kelas kena pertingkatkan lagi...[ kelas aku ramai sgt tak terlayan aku nak layan sume...mak oii aku sndiri pn xterlayan diri sndiri....huhuhuhuhu]
                 3) arahan jgn terlalu lama....[alahai aku xreti la nak singkat2kan arahan....budak2 ni memg xpham la ape yg aku cakap.....geram aku....asyik nak tnye je keje...ni la bile pndai sgt cam ni la....kalo klas ujung msti xbyk tnya terus hentam je main....hahahahaha]
                 4) Alatan dibiarkan bersepah.....[ En Sam maaplah xsempat nak kemas waktu tgh main...budak2 ni semangat pelik baling tin sampai berderai jatuh....xlarat ak nak kutip....huhuhuhuhu]
                 5) ni ha yg paling PENTING kena baiki.....' ala, kenapa xlompat'....en Sam kt sepatutnya guru xleh ckap macam 2....sepatutnya 'awak kena juga lompat' [ serius ak xreti nak bertegas dengan budak2...kalo la ak reti aku da sekeh2 dahi budak2 yg xdgr cakap....huhuhuhuhu]


Kesimpulannya......masih terdapat banyak kelemahan yg harus aku baiki terutama dalam proses penyampaian ilmu.....waaaaaaaaaaaaaaaaa.....ak xpandai nak ajar budak2 ni PJ.....so kt kpala otak ak skrg Xexpect la mrkah tggi sbb aku thu kadar kemampuan ak....tp ak syukur sgt2 En Sam sgt baik...teguran yg membina yg diberikan sedikit pun tidak memberi tekanan kepada ak.....malah aku ak cuba wt yg terbaik pas ni....insyaAllah....ILA BALQIS BOLEH.....MALAYSIA BOLEH.....Yihaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 12, 2011

SK Puchong Perdana

Dah 2minggu berada di sini.....nampaknya aku dah mula dpt sesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran di sini.... tekanan kerja semakin bertambah namun aku tetap berusaha untuk menyelesaikan tuntutan kerja dan bebanan itu secepat mungkin....semoga apa yang dilalui di sini memberi pengalaman yang berharga untuk aku..kepada rakan2 seperjuanganku iaitu Fida, Ayu dan Anis.....korang memang da best la...selalu ada time susah senang....semoga persahabatan ini kekal ke akhirnya...segala dugaan yang ditempuhi ini mungkin akan mematangkan lagi kita semua.....chayok kwn2....ila sayang kamu..............

Tuesday, July 5, 2011

Aku tetap aku....:-)

Aku dah lama xbukak blog ni...suam je aku ase...xthu nk post ape...tp skrg aku nk luah sume masalah kt blog ni je la..even aku sorg je yg baca ak xksah..at least aku ada teman nak luah perasaan..kadang2 luah kt blog lagi best..monolog sorang2..[bukan xbtul tau..hihihihi].
Dah 2 minggu aku start sem baru...[waaaa aku da supersenior sem 6...suke3]..tp aku geram sgt da 2 minggu 'si dia' tetap ganggu aku lg...pe la yg 'dia' xpuas hati dengan aku..gpun dia da dpt pengganti nape still nak ganggu aku ag...tension gle dgn mamat cam 2..[ni la bahaya kalo cintan cintun lebih2..ish3..menyesal aku]...huhuhuhu

Wednesday, March 30, 2011

Our sonG.....

Bukan senang hendak menjadi guru

Dah masuk 2 minggu aku berada di SK Khir Johari Sabak Bernam untuk menjalani praktikum fasa 1. Alahai pelbagai pengalaman yang aku dapat. Yang paling best dapat join dengan cikgu2 yang sangat baik dan mesra rakyat. Aku dapat guru pembimbing yang sgt baik dan sporting....time kasih  Kak Anis sebab baik dgn saya :-)


Minggu ini aku kena observe dengan lec aku. Lec pun dah tukar......aku dan Ayu dapat bapak sendiri iaitu Dr Mashudi....waa.....debar ngat...tapi insyaALLAH aku akan cuba yg terbaik....moga2 bapak aku suka la dgn cara aku mengajar....mudah-mudahan semuanya berjalan lancar....amin....:-)

Thursday, February 17, 2011

Aku wanita biasa......

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena 
cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
[chorus1]

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
[chorus2]

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Thursday, February 10, 2011

Pemilik Kasihku Azzalea Hannah

Alhamdulillah....Azzalea Hannah -Kasih sayang yg kekal abadi punye blog akhirnya berjaya direalisasi..walaupun  main redah je membuatnya inilah hasilnya....insyaALLAH sebarang penambahbaikkan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.......